Hubungi saya:

Hubungi saya:

Wednesday 2 January 2013

BARUT BABY


Mula-mula nak ceritalah apa kebaikan memakaikan barut pada baby. 
Antaranya adalah:

1. Untuk elak bayi dari kembung perut la of coz- (kang kalau kembung perut kompem menangis je keje baby tu)
2. Bagi bayi selesa and takdelah lembik semacam je perut die mase kite pegang tu. (ni mommy terbaca kat blog org la..ye la kot. yang biasa dengar memang untuk elak kembung perut je)



Tada...inilah dia barut untuk babyku nanti. yang empat segi tu orang panggil barut kereta. barut yang bentuk tiga segi tu pula orang panggil barut gantung. Almaklumler untuk anak sulong lah katekan..mommy excited sangat ni...haha...barut ni mommy siapkan dari kandungan 6 bulan lagi tau. sekarang ni kandungan da masuk 37 minggu 6 hari. Haish...da xsabar dah rasanya nak tatap wajah kamu nak. kamu asyik tendang2 je perut mommy ni. Selalu buat mommy senyum sorang-sorang dan cakap sorang-sorang nak tangkap kaki kamu sebab mommy macam dapat rasa lutut kamu kat permukaan kulit perut mommy. Huhu.. takpe-takpe kalau 9 bulan mommy boleh sabar, takkanlah 3 minggu lagi mommy tak boleh sabar kan...InsyaAllah mommy sabar dan berharap kamu selamat dilahirkan dan Allah jadikan kamu sempurna fizikal, akal fikiran, sihat dan lahir jadi anak yang Soleh/Solehah (mommy tak tau jantina kamu lagi sebab mommy nak suprise..hehe).

Mula-mula mommy beli 4 helai barut yang dijual kat kedai tu je jenama fiffy. Tapi kat kedai biasa akan jual barut kereta je.Barut gantung memang takde jual untuk kedai2 barang bay biasa tu. kalau ada pun kedai2 tertentu je. Bila bawak balik rumah tunjuk kat emak, emak kata " 4 helai je ke?mana cukup ni. budak kuat kencing nanti kejap2 basah" emak suggest buat je barut sendiri. lagi pun barut tu kecik so boleh pakai sekejap sangat. kalau baby jenis cepat semangat badannya memang boleh pakai sebulan je. Kalau buat barut sendiri boleh ikut saiz suka hati dan buat besar sikit dan boleh pakai lama la. Jadi, baby pun akan terhindar dari kembung perut sebab masuk angin pe sume kan.

Alang-alang mesin jahit emak ada kat umah ni, so jangan lepaskan peluang untuk gunakan (walaupun mesin jahit tu agak sengal gak sbb da lama dan berkarat. Jahit-jahit je putus benang. haihsss tensen gak time guna tu. tapi takpe la, excited punye pasal, layankan je lah).  kain untuk barut  ni guna je kain cotton putih mulus tu tapi jenis lembut punya la. pergi kedai kain cakap saya nak beli kain cotton untuk buat barut bayi, nanti tukang kedai akan bagi yang jenis lembut ni la. Kain ni lembut dan tidak panas bila dipakai nak compare dengan kain cotton yang untuk wat banner tu. tapi kalau nak beli yang untuk wat banner tu pun boleh jugak. tapi kesian la kat baby kan. Nanti panas dan tak selesa pula nak tidur. Hehe... agak mahal la jugak semeter kain tu. Semeter dalam RM7.80. mommy beli dalam 4 meter.

Untuk barut gantung  mommy buat dapat la dalam 12 helai. Ukuran tu panjangnya mommy ikut je yang beli kat kedai tu tapi lebarnya mommy lebihkan sikit. Tali barut tu pun buat guna kain cotton tu juga. kelim-kelim bagi kemas and jahit sembat tepi. pastu pasang lah kat belakang tu. Buat tali 6 helai. panjang ikut suka ati je. yang penting agak-agak muat untuk perut bayi tu. Jangan la pendek sangat nanti tercerut plak masa pakai tu. Kesian kat baby. pas dapat 12 helai barut kereta ni , kain banyak lebih lagi. Jadi lebihnye mommy buat barut gantung pula

Bezanya barut gantung dan barut kereta ni dari segi bentuk la kan obviousnya. haha...sebenarnya barut kereta biasa orang pakaikan kat baby mase dalam pantang sampai la 2 3 bulan. dan lepas tu tak muat dah sebab badan baby dah makin besar. Jadi, barut gantung tu boleh jadi alternatif kepada barut kereta yang dah tak muat tu. Lagi satu yang bestnya barut gantung ni sesuai dipakai time musim panas untuk ganti as baju baby. kita tutup dada dan pusat baby kan. Pastu xpayah dah pakaikan baju. kompem baby rase selesa je xpanas. 


okeilah, ni je nk citer. Puas ati sangat buat barut sendiri untuk anak yang bakal lahir ni kerana 
'Setiap guntingan dan jahitan penuh Kasih Sayang'--ummi and abah luv u ....