Hubungi saya:

Hubungi saya:

Friday 10 January 2014

KENALI FABRIK PART I: CREPE, JACQUARD, CHIFFON DAN LYCRA


Wihuuuuuuu...im home...

Assalamualaikum,
masuk umah kena la beri salam kan..hehe.

Entry kali ni  nak ceciter pasal fabrik kain plak. Pasal polapol tu nanti-nanti la yek. projek menjahit stop sekejap sebab aku kat kampung ni. balik joho seminggu sbb nak melepaskan rindu kat mak abah tercintun. Konon nak rehatkan otak sebab baru je pas abis blaja kat giat tu kan. Ahad ni balik Kuala Lipis semula la. then balik lipis nnt baru sambung jahit menjahit semula (almaklumler de msin overlock sndiri lo ni, semangat uuuu...nnt aku upload n show  kat korang my mesin overlock tercinta aku tu ye..industri overlock ok...kelas gituwwww....jgn jelesss...wiiiii)

Sebelum balik p.timo ri tu (Sabtu lepas) , aku pi melaka dulu (umah kak long aku). Die de wat kenduri sikit. Mak abah pun de kat umah kak long aku masa tu. So en somi drop aku kat situ, n then ari ahad ptg aku folo mak abah la balik joho, manakala en somi balik ke Kuala Lipis (sebab isnin kat sekola). Ptg tu Kak long bagi kain tuk dijahit,die suh wat kan kurung moden. Fabrik kain tu chiffon rsenya. Tapi xtau la betui ke tak cifon. ofkos kain tu jarang... plak nye xde lining. so odw balik joho, ktrg sggah tangkak tuk beli lining tuk baju kak long aku tu. So aku beli la lining jenis cipon gak. Sambil beli-beli lining tuk kak long aku tu, aku pun merembat 2 meter kain jenis jacquard. murah jo sbb tgh sale kan. beli 2 meter rm12.50 je. berkenan plak aku kain tu. corak batik n permukaan berkilat. cadang nk buat blaus la ofkos. bile beli tu duk pk la best ke ek kain jenis gini. kalo mcm cipon aku tau la sikit2 kain jenis tu mmg comei wat blaus, skirt n ape2 je.. kalo cotton plak aku tau kain serap peluh n sejuk pakai. kalo jacquard cmne plak??berkualiti ke tak?panas ke tak?n mcm2 lagi la. almaklumler masa blaja kat giat tu xde plak blaja teori pasal jenis-jenis fabrik. Kat giat tu tumpu kepada cara buat n jahit baju je. fabrik n kejadah lain mmg xde ajo. so terhad kan. jadinya nak tau pasal jenis fabrik kena la rajin-rajin menyebey. skang dunia dihujung jari. so gugel je kat tenet pasal ciri-ciri setiap fabrik. kan sonang keje...hehe..so ni la hasil telaah di tenet pasal setiap jenis fabrik ni. semua note ni aku olah guna ayat sndiri sdn bhd. tapi fakta tu aku cedok dari mr blogger, artikel dan sbgnya..rojak2 la sonang citer..huhu.. 

lets take a note bebeyhhh..:


FABRIK CREPE

secara amnya, kain jenis ni nipis, lembut. Ia dihasilkan daripada sutera dgn permukaan yang bergerutu. fabrik yang mudah dijaga dan tidak berkedut. Dihasilkan menggunakan teknik alternate S dan Z twist (benang dipintal dgn kesan berkerut). ada beberapa jenis crepe dipasarann antaranya adalah: valentro, baby,valentina dan moss
-valentro: kualiti yang paling baik tuk kategori crepe-crepe ni.i am no 1 la kate kawww..haha..harganya plak kompem la yg paling mahal. sesuai sgt tuk dipakai dimajlis persandingan. nampak cun gitu..
-valentina: biasa macam valentro. tapi gred bawah sikit je dari valentro
- moss: jenis biasa saje. fabriknye lebih tebal, kasar dan berat sedikit.


betul la tu..aku mmg bekenan dgn fabrik crepe ni. ri tu pi satu gedung textiles kat tanah merah kelate and harga sale tuk kain jenis crepe ni sepasang rm150.. wowwiiii..mahainyooo..tapi kain die lembut. corak pun oraitla. haihh teringin plak nk jahit kain crepe ni. `xpo..kang de pitih lebih aku rembat beli 2 meter tuk try test jahit n pki fabrik crepe ni. wuhuuu..

FABRIK JACQUARD

Jacquard: memiliki pola yg ditenun tuk jadi kain, bukan guna teknik cetakan ye. pastu fabrik guna alat khas tuk proses tenunan. Sejarah silamnya kata, alat tenun tu ditemui oleh Joseph Marie Jaquard (nama orang ni). Sebab tu la diberi nama kain jacquard.Ciri-ciri fabriknye adalah seperti berikut; kilap n licin. berkilau n ringan. bahan-bahan plak terdiri daripada poliester, cotton, sutera, wol n linen. kire campuran la ni rasenya.
menjadi kegemaran ramai gak fabrik ni sbb die shining dan terang. tapi problem sikit dalam bab-bab mengiron. guna dry iron la jd mudah sikit nak iron.
ni hah rupa alat tenunnya. hok alohh!!! (tetiba plak...huhu)

la yeke susah nak iron?ok fine..kite see later hasil blaus aku tu nanti. yelah kan aku de beli kain jacquard ri tu kan. tapi aku xsure la jacquard jenis ape. mungkin n kompem yang paling low class la kan..ye la kalo dah 2 meter rm12.50 jek..mmg kompem kelas murahan..muahaha...tapi xpe aku suke kain tu sbb mmg lembut gitu..hehe


FABRIK CHIFFON


Sejarah kata fabrik ni dijumpai bermula pada taun 1938. Bahasa Perancis yang bermaksud kain yang nipis dan ringan.  fabrik diperbuat dari serat sutera pada awalnya. senang citer chiffon boleh terdiri dari gentian seperti sutera (silk), sintetik, kapas, nilon, poliester, rayon. Tapi kebiasaannya terdiri dari nilon dan silk.Tekstur fabriknya bersifat lembut, beralun dan ringan sentiasa  memberi keselesaan yang berpanjangan sesuai  dengan cuaca panas dan lembab. Chiffon sesuai dibuat pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Mudah diwarnakan menggunakan dye dengan pelbagai  warna pilihan yang kita kehendaki tetapi ianya agak sukar untuk diwarnakan pada bahan poliester.

silk chiffon (chiffon sutera) : selalu org guna tuk majlis-majlis keraian, baju pengantin, tudung dan skaf, blaus, busana muslimah n sbgnye la. fabriknye ringan,halus, lembut dan beralun ikut gerak badan. tapi awas ye fabrik ni mudah soyok org klate kata (soyok=koyak..kah3). keselesaan yang baik untuk pemakai dan berkualiti. harga paling mahal dikalangan chiffon-chiffon.  fabrik ni juga perlu penjagaan yang lebih rapi. cucian plak perlu cucian kering untuk penjagaan yang maksima

poly chiffon: fabrik campuran poliester @ rayon. lebih kuat dari silk chiffon. boleh hasilkan bentuk drapery mcm sutera gak. permukaan kain lebih licin dan terang. oleh itu, biasa digunakan untuk buat pakaian sbb xmudah koyak.
blend chiffon:  diperbuat daripada tenunan serat campuran antara sutera @ poliester. fabrik lebih elastik, lebih kuat dan berkilau tapi kureng sikit banding silk chiffon.
goldline Chiffon: harga tetap agak mahal kerana teksturnya halus dan teliti. masih menjadi pilihan ramai.
georgette chiffon: gabungan antara chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan . harga plak lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air. fabrik jadi xterlalu jarang.
-----georgette: biasanya terdiri dari silk atau poliester.  tak begitu tembus cahaya, lebih elastik dan  sedikit berat berbanding dengan chiffon biasa. 
double chiffon: kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya
Antara jenis chiffon len adalah seperti berikut: hycon, cerruti dan crepe, Viscose, Paris Chiffon. yang ni korang telaah sendiri la yek..ekekekeke...xrajin dah aku nak menyebey.

FABRIK LYCRA (SPANDEX)

Sejarah said fabrik ni dikeluarkan oleh Syarikat Invista (anak syarikat kpd Dupont tu..yang terkenal dlm industri ahan kimia). lycra also called as spandex. bersifat kenyal (boleh meregang 4-7 kali ganda dan bila kita lepaskan ia boleh kembali ke bentuk asal. juga bersifat melekat pada tubuh. fiber plak boleh terdiri daripada: wool, linen, sutera dan cotton. campuran fiber tersebut meningkatkan prestasi kain menjadi lebih baik, meningkatkan fleksibiliti , beri kesejukan dan membentuk kain menjadi lebih fleksibel. struktur kimianya membolehkan fabrik bersifat menyerap peluh, anti parasit, anti fungus dan sebagainya. pemakai lycra kelihatan lebih kasual. lycra juga bersifat elastik, tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik, ketahanan lipatan ( fabrik xyah iron sbb xmudah renyuk). fabrik lycra sangat la femes dalam pembuatan pakaian spt blaus, skirt, jubah,sweater, gaun, baju renang, telekung, tudung, selendang dan sebagainya. lycra terdiri daripada pelbagai jenis spt berikut:

lycra cotton: elastik, lembut, ikut bentuk badan, bersifat berbulu dan mudah koyak.sangat sesuai dijadikan blaus, jubah atau cardigan

 ***coppp...blaus fishtail aku ri tu kan jenis lycra cotton. siyes aku suka lycra cotton ni sbb sifat kekenyalan die xbrapa nak melekat sgt kat bdn bile pakai. so that bila aku pakai tu xde la seksi bebeno ikut gerak/bentuk tubuh. kalo ikut fakta atas ni cakap brsifat berbulu kan? aikkk yeke..apsal blaus aku tu ok je aku tgk. xpe2..nnt kita tgk berbulu ke tak kalo dah 3 4 kali basuh. if not maknanya fakta ni xleh diguna sgt la kan..huhu.. hah korg aku suggest kalo nak wat jubah ke ape guna kain lycra ni boleh la pilih lycra cotton sbb bila pakai xla tertonjol sana sini kat bdn tu. lagi satu pilih yang bercorak. siyesly mmg ok sgt2...

lycra plain:
lycra printed (bercetak)
lycra paisley:
lycra tribal:

tuk lycra-lyca lain kat atas ni aku tak jumpe lagi penerangannye.. nanti la aku telaah lagi ye. dah jumpe kang aku update masuk..hehe..oraitla rasanya cukup la tu kot. sok lusa sambung lagi tuk beberapa jenis fabrik lagi yek..tungguuuuu...







Wednesday 1 January 2014

TAYANG MENAYANG

Bismillah...

Entry hari ini nak tayang menayang jek. Ala, nk tunjuk hok suaq slek kanak-kanak dan dua lagi blaus member yang dah siap tu. Hari ni baru siap blaus-blaus tu. Manakala suar slek tu aku siap kan kelmarin lg.
Fui lega wei menjadi gak suar slek budk tu. Aku cuba jaya je ukur n wat pola. oter-oter sikit ukuran area cawat. ye la, suar budak mana sama ngan suar org tua kan. macam penambahan ukuran a ·|rea cawat tu aku xfolo mcm ukuran tuk org tua (dewasa sopan sikit..huhu)..pandai-pandai edit sikit penambahan inci tuk disesuaikan dgn ukuran kanak-kanak, akhirnya jdlah suar slek tu.



hadapan


belakang

Orait yang dua ni la next blaus tu. Ari tu kan aku dah siapkan dua blaus yang terawal. Aku siapkan dua je dulu sebab nk kompemkan ukuran sesuai ke tak. ternyata tang pinggang gerobos sikit. wuuu mntak maap ler..huhu...yang dua ni dah oter dh kepada ukuran yang dikehendaki. hopefully cik tuan punya baju ni berpuas ati la..wuu...(jgn pinggang gerobos lg sudeyhhhh..harapnya tak la..huk3) Blaus ni aku siapkan malam tadi, pagi-pagi lagi pi Sg koyan and hantar kdai tuk jahit lubang butang (almaklumler mesin kat umah ni xdok jahit tuk lubang butang.terpakse la anta pi kedai jahit). Siap je tghari tadi terus laju-laju pi Giatmara tuk sangkut baju-baju ni ke badan patung tuk snap picture(kat umah xdok patung da..terpkse pinjam..arghhh lepas ni kena wat kertas keje kat en somi la nak mntak die belikan patung model..wiwiwwi..nk jugak xkira) pastu laju-laju pi pejabat pos tuk poskan ari ni jugak. Dengan dukung afina kehulur kehilir, fuhhh mencabar tul bekerja (cewah keja sgt sambil mata pandang atas, tangan kat dada..wuuu) smbil jaga anak. kan abah afina dah start mengajar (cikgu sekola da), so aku kena take over smula tugas jga anak.



blaus biru: dah oter tang pinggang jd kecik sikit, buh dat belakang sahaja
blaus stripe color: buh dat depan belakang, buh zip sorok kat tepi baju (bagi senang nak sarung kat badan)

*gerobos= besaq...(eh de ke word ni dlm kamus dewan..huhu..) aku jumpe word ni kat inbox tuan punye baju ni la..haha..

owritela..afina dah start melalak...kena layan die sebentar...c u next entry..daaaaa


TAMAT SUDAH PEMBELAJARANKU DI GIATMARA CAMERON HIGHLAND SESI 2/2013

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T  di atas kurniaannya. Terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang, ruang dan masa serta kesihatan yang baik untuk aku menamatkan pengajian selama 6 bulan di Giatmara Cameron Highland, Raub Pahang. Sesi bermula dari awal bulan Julai hingga penghujung bulan Disember  2013. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar iaitu Pn Sabrina Sabri dan Pn Norhaslinda Abu Hassan Shari (selaku tenaga pengajar a.k.a cikgu jahit), Bos serta staf-staf sokongan yang lain. Sebuah pengisian ilmu yang sangat bermakna bagi aku. Walaupun hanya 6 bulan sahaja proses pembelajaran berlaku dan hanya mendapat segulung sijil kemahiran, ia sudah cukup beri manfaat kepada diri aku untuk meneruskan kehidupan akan datang. (fuiiii..letih cakap bahasa skema..huk3)

Ok sambung bahasa paso lak....


Januari 2014 hari ini bermaksud aku telah tamat belajar jahit kat Giat. Maknanya secara rasmi dah jd fulltime housewife semula dah..(hureyyyy...leh jaga afina sendiri..takyah dah dah nak hantar kat pengasuh. Tak sanggup!!)Maknaya  fulltime kat umah dan akan menjana pendapatan keluarga dengan menjadi dressmaker. 


Next misi aku selepas tamat pengajian ni adalah untuk memanfaatkan sijil kemahiran jahit pakaian ni dengan menjadi tukang jahit yang profesional, kreatif, inovatif dan produktif. Pakaian yang dihasilkan diharap memenuhi citarasa pengguna, selesa dipakai, cantik dipandang, jahitan yang kemas dan berkualiti.Amin...


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjahit dan nak sangat jadi profesional menjahit, aku sarankan sangat-sangat korang berguru dengan buku dan guru . Bukan dengan buku semata-mata. Contohnya masuk la mana-mana institusi pengajian seperti Giatmara yang ada cikgu untuk tunjuk depan mata teknik-teknik menjahit dengan betul. Kalo bukan giatmara pun, masuk la kelas berbayar ke, percuma ke (seperti KEMAS) dan sebagainya. Buat pengorbanan masa sikit tuk cedok ilmu tu. Tapi kalo korang terang ati dan boleh guna buku semata-mata tuk belajar menjahit, up to u. Tapi bagi aku, untuk orang yang xberapa nak terang ati sgt dengan teori semata-mata, aku rasa lebih bek cari guru tuk ajar aku depan mata.  kadang-kadang buku ni ajar terlalu strait to the point, n payah sikit nk oter-oter mana yang bole. Kalo dgn guru jahit yang dah banyak pengalaman ni, dierg akan ajar teknik mudah, boleh guna, mudah cara dan sebagainya (haiiiihhh xreti nak mengexplain..Hanya diri sndiri je bole paham pe yang aku nk smpaikan.huhu).

Dan kalo korang mmg dah xde masa langsung nak pi kelas jahit, korang kena rajin-rajin bertanya kat orang yang dah biase mnjahit. Then bandingkan ilmu die n ilmu yang kite ade , combine n guna mana yang leh guna. Kalo rse boleh folo, folo la. Kalo rase xleh folo, xyah la folo kan. wuu...

Now let we see all the modul yang aku pelajari selama 6 bulan di Giatmara ni:

MODUL 1: KESELAMATAN

MODUL 2: MENYELENGGARA MESIN JAHIT


** untuk modul 1 dan 2, waktu ni adalah minggu melanguk weiii. duk termenung dari pagi smpai petang. Ati n tangan dah melonjak-lonjak nak mnjahit tau tak. tapi kena sabar sebab modul 3 baru start menjahit. wuu...modul 1  and 2 hanya jawab paper dan termenung sbb mmg xtau nak wat ape. modul  1 dan 2 die ajar keselamatan dalam bengkel dan penyelenggaraan mesin jahit. Tu jek..

MODUL 3: SAMPEL PAKAIAN

awal-awal menjahit, fuiii dah macam ular kena palu jahitan aku. Guna plak mesin high speed. Mau x haru wei nak kawal tangan n kaki. Modul 3 ni la start pegang mesin. masa ni wat sampel pinggang( jahit skirt kecik tuk blaja jahit getah pinggang yg guna teknik bungkus tu), apron ( apron berkun/piping lagi nok..wuuu) dan wat kolar bulat (xsure la nama kolar tu sbnarnye..nnt aku check spelling balik yek..)

MODUL 4: MEMBUAT BLAUS


Photo


ni basic blaus tau. Berbutang depan n berkolar kontinental. BLaus asalnya mmg berbutang depan kot. sebab mana-mana buku kalo ajar blaus mesti design hok gini. La ni je la dah macam-macam pesen blaus de kat luar nuh. Blaus ni sesuai sgt kalo bawak pi keje (sbb ala-ala formal gituuu) 


MODUL 5: MEMBUAT KEMEJA


** hok ni aku jahit hentam keromo je janji siap ( sebab modul 5 ni buat dah nk abis blajo dh mase tu. Cikgu skip modul 5 ni jd modul paling last sekali wat. Dengan pantasnya aku jait..lagipun kain pun kain cotton tuk wat banner tu je..aisehhh sapa nak pakai kan..xpe..next kemeja aku wat comei2 sikit. Nak try wat kemeja kat cik somi kite..insyaallah bole...

---sok lusa aku update gambor yek.huhu..lupe nak snap pic..huhu


MODUL 6: MEMBUAT SKIRT


Skirt ni nmenya skirt a-line. Biasanya pakai tuk ke opis ke or tempat keje la senang citer. Skirt formal gituuu...



aku padankan skirt ni dengan blaus yang dh siap tu (yela xkan nak pakaikan patung tu dgn skirt je kan..nnt nmpk la cik B die...segan seyhhh)

MODUL 7: MEMBUAT BAJU KURUNG MODEN



kurung moden ni digandingkan dengan kain kipas a.k.a susun belakang. senang je rupanya nak wat kain susun belakang ni. Untuk bahagian zip belakang kurung moden ni plak xguna zip sorok. Guna zip biasa je tapi masa jahit tu kena nyorokkan gak la.






MODUL 8: MEMBUAT BAJU MELAYU MODEN+ KOLAR MANDARIN


* patung ppuan la plak aihh...patung jantan dlm stor..wuuu

MODUL 9: MEMBUAT BAJU KURUNG TRADISIONAL





MODUL 10: MEMBUAT BAJU MELAYU TRADISIONAL



** cam biase ler patung berdada lg n mcm biase ler mls nk pi amik patung jantan kat dlm stor nuh..hiii..so mmg nmpk mcm xkena je kan baju melayu berdada ppuan..ngeee**

MODUL 11: MEMBUAT BAJU KANAK-KANAK





MODUL 12: MEMBUAT KEBAYA




*corak kain mak aiii siyes xberkenan aku ni.
tapi nak wat guano kan..tu je yg ade..kain free, so bedal je la..sob3

MODUL 13: MEMBUAT SELUAR SLEK



* xletak kat pinggang patung sbb nak tunjuk tang pinggang tu..kalo buh kat patung, part dada tu xbrtutup kan..seksi..malu ler..so sangkut je kat hanger..hok ni suar slek ppuan yg aku buat..hok laki serupa je cuma beza tang lidah zip tu je nnt belah kiri. ppuan sebelah kanan. 

Fuhhh...(lap peluh )...setel all the modul..xsangka r dapat menjahit all that baju tu semua. .6 bulan tu beb duk blaja modul tu semua. Alhamdulillah, dengan segala asas yang ada, insyaallah akan ku cuba jayakan tuk mjahit segala design-design pakaian yang len selain dari modul di atas ni.