Hubungi saya:

Hubungi saya:

Friday, 10 January 2014

KENALI FABRIK PART I: CREPE, JACQUARD, CHIFFON DAN LYCRA


Wihuuuuuuu...im home...

Assalamualaikum,
masuk umah kena la beri salam kan..hehe.

Entry kali ni  nak ceciter pasal fabrik kain plak. Pasal polapol tu nanti-nanti la yek. projek menjahit stop sekejap sebab aku kat kampung ni. balik joho seminggu sbb nak melepaskan rindu kat mak abah tercintun. Konon nak rehatkan otak sebab baru je pas abis blaja kat giat tu kan. Ahad ni balik Kuala Lipis semula la. then balik lipis nnt baru sambung jahit menjahit semula (almaklumler de msin overlock sndiri lo ni, semangat uuuu...nnt aku upload n show  kat korang my mesin overlock tercinta aku tu ye..industri overlock ok...kelas gituwwww....jgn jelesss...wiiiii)

Sebelum balik p.timo ri tu (Sabtu lepas) , aku pi melaka dulu (umah kak long aku). Die de wat kenduri sikit. Mak abah pun de kat umah kak long aku masa tu. So en somi drop aku kat situ, n then ari ahad ptg aku folo mak abah la balik joho, manakala en somi balik ke Kuala Lipis (sebab isnin kat sekola). Ptg tu Kak long bagi kain tuk dijahit,die suh wat kan kurung moden. Fabrik kain tu chiffon rsenya. Tapi xtau la betui ke tak cifon. ofkos kain tu jarang... plak nye xde lining. so odw balik joho, ktrg sggah tangkak tuk beli lining tuk baju kak long aku tu. So aku beli la lining jenis cipon gak. Sambil beli-beli lining tuk kak long aku tu, aku pun merembat 2 meter kain jenis jacquard. murah jo sbb tgh sale kan. beli 2 meter rm12.50 je. berkenan plak aku kain tu. corak batik n permukaan berkilat. cadang nk buat blaus la ofkos. bile beli tu duk pk la best ke ek kain jenis gini. kalo mcm cipon aku tau la sikit2 kain jenis tu mmg comei wat blaus, skirt n ape2 je.. kalo cotton plak aku tau kain serap peluh n sejuk pakai. kalo jacquard cmne plak??berkualiti ke tak?panas ke tak?n mcm2 lagi la. almaklumler masa blaja kat giat tu xde plak blaja teori pasal jenis-jenis fabrik. Kat giat tu tumpu kepada cara buat n jahit baju je. fabrik n kejadah lain mmg xde ajo. so terhad kan. jadinya nak tau pasal jenis fabrik kena la rajin-rajin menyebey. skang dunia dihujung jari. so gugel je kat tenet pasal ciri-ciri setiap fabrik. kan sonang keje...hehe..so ni la hasil telaah di tenet pasal setiap jenis fabrik ni. semua note ni aku olah guna ayat sndiri sdn bhd. tapi fakta tu aku cedok dari mr blogger, artikel dan sbgnya..rojak2 la sonang citer..huhu.. 

lets take a note bebeyhhh..:


FABRIK CREPE

secara amnya, kain jenis ni nipis, lembut. Ia dihasilkan daripada sutera dgn permukaan yang bergerutu. fabrik yang mudah dijaga dan tidak berkedut. Dihasilkan menggunakan teknik alternate S dan Z twist (benang dipintal dgn kesan berkerut). ada beberapa jenis crepe dipasarann antaranya adalah: valentro, baby,valentina dan moss
-valentro: kualiti yang paling baik tuk kategori crepe-crepe ni.i am no 1 la kate kawww..haha..harganya plak kompem la yg paling mahal. sesuai sgt tuk dipakai dimajlis persandingan. nampak cun gitu..
-valentina: biasa macam valentro. tapi gred bawah sikit je dari valentro
- moss: jenis biasa saje. fabriknye lebih tebal, kasar dan berat sedikit.


betul la tu..aku mmg bekenan dgn fabrik crepe ni. ri tu pi satu gedung textiles kat tanah merah kelate and harga sale tuk kain jenis crepe ni sepasang rm150.. wowwiiii..mahainyooo..tapi kain die lembut. corak pun oraitla. haihh teringin plak nk jahit kain crepe ni. `xpo..kang de pitih lebih aku rembat beli 2 meter tuk try test jahit n pki fabrik crepe ni. wuhuuu..

FABRIK JACQUARD

Jacquard: memiliki pola yg ditenun tuk jadi kain, bukan guna teknik cetakan ye. pastu fabrik guna alat khas tuk proses tenunan. Sejarah silamnya kata, alat tenun tu ditemui oleh Joseph Marie Jaquard (nama orang ni). Sebab tu la diberi nama kain jacquard.Ciri-ciri fabriknye adalah seperti berikut; kilap n licin. berkilau n ringan. bahan-bahan plak terdiri daripada poliester, cotton, sutera, wol n linen. kire campuran la ni rasenya.
menjadi kegemaran ramai gak fabrik ni sbb die shining dan terang. tapi problem sikit dalam bab-bab mengiron. guna dry iron la jd mudah sikit nak iron.
ni hah rupa alat tenunnya. hok alohh!!! (tetiba plak...huhu)

la yeke susah nak iron?ok fine..kite see later hasil blaus aku tu nanti. yelah kan aku de beli kain jacquard ri tu kan. tapi aku xsure la jacquard jenis ape. mungkin n kompem yang paling low class la kan..ye la kalo dah 2 meter rm12.50 jek..mmg kompem kelas murahan..muahaha...tapi xpe aku suke kain tu sbb mmg lembut gitu..hehe


FABRIK CHIFFON


Sejarah kata fabrik ni dijumpai bermula pada taun 1938. Bahasa Perancis yang bermaksud kain yang nipis dan ringan.  fabrik diperbuat dari serat sutera pada awalnya. senang citer chiffon boleh terdiri dari gentian seperti sutera (silk), sintetik, kapas, nilon, poliester, rayon. Tapi kebiasaannya terdiri dari nilon dan silk.Tekstur fabriknya bersifat lembut, beralun dan ringan sentiasa  memberi keselesaan yang berpanjangan sesuai  dengan cuaca panas dan lembab. Chiffon sesuai dibuat pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Mudah diwarnakan menggunakan dye dengan pelbagai  warna pilihan yang kita kehendaki tetapi ianya agak sukar untuk diwarnakan pada bahan poliester.

silk chiffon (chiffon sutera) : selalu org guna tuk majlis-majlis keraian, baju pengantin, tudung dan skaf, blaus, busana muslimah n sbgnye la. fabriknye ringan,halus, lembut dan beralun ikut gerak badan. tapi awas ye fabrik ni mudah soyok org klate kata (soyok=koyak..kah3). keselesaan yang baik untuk pemakai dan berkualiti. harga paling mahal dikalangan chiffon-chiffon.  fabrik ni juga perlu penjagaan yang lebih rapi. cucian plak perlu cucian kering untuk penjagaan yang maksima

poly chiffon: fabrik campuran poliester @ rayon. lebih kuat dari silk chiffon. boleh hasilkan bentuk drapery mcm sutera gak. permukaan kain lebih licin dan terang. oleh itu, biasa digunakan untuk buat pakaian sbb xmudah koyak.
blend chiffon:  diperbuat daripada tenunan serat campuran antara sutera @ poliester. fabrik lebih elastik, lebih kuat dan berkilau tapi kureng sikit banding silk chiffon.
goldline Chiffon: harga tetap agak mahal kerana teksturnya halus dan teliti. masih menjadi pilihan ramai.
georgette chiffon: gabungan antara chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan . harga plak lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air. fabrik jadi xterlalu jarang.
-----georgette: biasanya terdiri dari silk atau poliester.  tak begitu tembus cahaya, lebih elastik dan  sedikit berat berbanding dengan chiffon biasa. 
double chiffon: kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya
Antara jenis chiffon len adalah seperti berikut: hycon, cerruti dan crepe, Viscose, Paris Chiffon. yang ni korang telaah sendiri la yek..ekekekeke...xrajin dah aku nak menyebey.

FABRIK LYCRA (SPANDEX)

Sejarah said fabrik ni dikeluarkan oleh Syarikat Invista (anak syarikat kpd Dupont tu..yang terkenal dlm industri ahan kimia). lycra also called as spandex. bersifat kenyal (boleh meregang 4-7 kali ganda dan bila kita lepaskan ia boleh kembali ke bentuk asal. juga bersifat melekat pada tubuh. fiber plak boleh terdiri daripada: wool, linen, sutera dan cotton. campuran fiber tersebut meningkatkan prestasi kain menjadi lebih baik, meningkatkan fleksibiliti , beri kesejukan dan membentuk kain menjadi lebih fleksibel. struktur kimianya membolehkan fabrik bersifat menyerap peluh, anti parasit, anti fungus dan sebagainya. pemakai lycra kelihatan lebih kasual. lycra juga bersifat elastik, tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik, ketahanan lipatan ( fabrik xyah iron sbb xmudah renyuk). fabrik lycra sangat la femes dalam pembuatan pakaian spt blaus, skirt, jubah,sweater, gaun, baju renang, telekung, tudung, selendang dan sebagainya. lycra terdiri daripada pelbagai jenis spt berikut:

lycra cotton: elastik, lembut, ikut bentuk badan, bersifat berbulu dan mudah koyak.sangat sesuai dijadikan blaus, jubah atau cardigan

 ***coppp...blaus fishtail aku ri tu kan jenis lycra cotton. siyes aku suka lycra cotton ni sbb sifat kekenyalan die xbrapa nak melekat sgt kat bdn bile pakai. so that bila aku pakai tu xde la seksi bebeno ikut gerak/bentuk tubuh. kalo ikut fakta atas ni cakap brsifat berbulu kan? aikkk yeke..apsal blaus aku tu ok je aku tgk. xpe2..nnt kita tgk berbulu ke tak kalo dah 3 4 kali basuh. if not maknanya fakta ni xleh diguna sgt la kan..huhu.. hah korg aku suggest kalo nak wat jubah ke ape guna kain lycra ni boleh la pilih lycra cotton sbb bila pakai xla tertonjol sana sini kat bdn tu. lagi satu pilih yang bercorak. siyesly mmg ok sgt2...

lycra plain:
lycra printed (bercetak)
lycra paisley:
lycra tribal:

tuk lycra-lyca lain kat atas ni aku tak jumpe lagi penerangannye.. nanti la aku telaah lagi ye. dah jumpe kang aku update masuk..hehe..oraitla rasanya cukup la tu kot. sok lusa sambung lagi tuk beberapa jenis fabrik lagi yek..tungguuuuu...







Wednesday, 1 January 2014

TAYANG MENAYANG

Bismillah...

Entry hari ini nak tayang menayang jek. Ala, nk tunjuk hok suaq slek kanak-kanak dan dua lagi blaus member yang dah siap tu. Hari ni baru siap blaus-blaus tu. Manakala suar slek tu aku siap kan kelmarin lg.
Fui lega wei menjadi gak suar slek budk tu. Aku cuba jaya je ukur n wat pola. oter-oter sikit ukuran area cawat. ye la, suar budak mana sama ngan suar org tua kan. macam penambahan ukuran a ·|rea cawat tu aku xfolo mcm ukuran tuk org tua (dewasa sopan sikit..huhu)..pandai-pandai edit sikit penambahan inci tuk disesuaikan dgn ukuran kanak-kanak, akhirnya jdlah suar slek tu.



hadapan


belakang

Orait yang dua ni la next blaus tu. Ari tu kan aku dah siapkan dua blaus yang terawal. Aku siapkan dua je dulu sebab nk kompemkan ukuran sesuai ke tak. ternyata tang pinggang gerobos sikit. wuuu mntak maap ler..huhu...yang dua ni dah oter dh kepada ukuran yang dikehendaki. hopefully cik tuan punya baju ni berpuas ati la..wuu...(jgn pinggang gerobos lg sudeyhhhh..harapnya tak la..huk3) Blaus ni aku siapkan malam tadi, pagi-pagi lagi pi Sg koyan and hantar kdai tuk jahit lubang butang (almaklumler mesin kat umah ni xdok jahit tuk lubang butang.terpakse la anta pi kedai jahit). Siap je tghari tadi terus laju-laju pi Giatmara tuk sangkut baju-baju ni ke badan patung tuk snap picture(kat umah xdok patung da..terpkse pinjam..arghhh lepas ni kena wat kertas keje kat en somi la nak mntak die belikan patung model..wiwiwwi..nk jugak xkira) pastu laju-laju pi pejabat pos tuk poskan ari ni jugak. Dengan dukung afina kehulur kehilir, fuhhh mencabar tul bekerja (cewah keja sgt sambil mata pandang atas, tangan kat dada..wuuu) smbil jaga anak. kan abah afina dah start mengajar (cikgu sekola da), so aku kena take over smula tugas jga anak.



blaus biru: dah oter tang pinggang jd kecik sikit, buh dat belakang sahaja
blaus stripe color: buh dat depan belakang, buh zip sorok kat tepi baju (bagi senang nak sarung kat badan)

*gerobos= besaq...(eh de ke word ni dlm kamus dewan..huhu..) aku jumpe word ni kat inbox tuan punye baju ni la..haha..

owritela..afina dah start melalak...kena layan die sebentar...c u next entry..daaaaa


TAMAT SUDAH PEMBELAJARANKU DI GIATMARA CAMERON HIGHLAND SESI 2/2013

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T  di atas kurniaannya. Terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang, ruang dan masa serta kesihatan yang baik untuk aku menamatkan pengajian selama 6 bulan di Giatmara Cameron Highland, Raub Pahang. Sesi bermula dari awal bulan Julai hingga penghujung bulan Disember  2013. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar iaitu Pn Sabrina Sabri dan Pn Norhaslinda Abu Hassan Shari (selaku tenaga pengajar a.k.a cikgu jahit), Bos serta staf-staf sokongan yang lain. Sebuah pengisian ilmu yang sangat bermakna bagi aku. Walaupun hanya 6 bulan sahaja proses pembelajaran berlaku dan hanya mendapat segulung sijil kemahiran, ia sudah cukup beri manfaat kepada diri aku untuk meneruskan kehidupan akan datang. (fuiiii..letih cakap bahasa skema..huk3)

Ok sambung bahasa paso lak....


Januari 2014 hari ini bermaksud aku telah tamat belajar jahit kat Giat. Maknanya secara rasmi dah jd fulltime housewife semula dah..(hureyyyy...leh jaga afina sendiri..takyah dah dah nak hantar kat pengasuh. Tak sanggup!!)Maknaya  fulltime kat umah dan akan menjana pendapatan keluarga dengan menjadi dressmaker. 


Next misi aku selepas tamat pengajian ni adalah untuk memanfaatkan sijil kemahiran jahit pakaian ni dengan menjadi tukang jahit yang profesional, kreatif, inovatif dan produktif. Pakaian yang dihasilkan diharap memenuhi citarasa pengguna, selesa dipakai, cantik dipandang, jahitan yang kemas dan berkualiti.Amin...


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjahit dan nak sangat jadi profesional menjahit, aku sarankan sangat-sangat korang berguru dengan buku dan guru . Bukan dengan buku semata-mata. Contohnya masuk la mana-mana institusi pengajian seperti Giatmara yang ada cikgu untuk tunjuk depan mata teknik-teknik menjahit dengan betul. Kalo bukan giatmara pun, masuk la kelas berbayar ke, percuma ke (seperti KEMAS) dan sebagainya. Buat pengorbanan masa sikit tuk cedok ilmu tu. Tapi kalo korang terang ati dan boleh guna buku semata-mata tuk belajar menjahit, up to u. Tapi bagi aku, untuk orang yang xberapa nak terang ati sgt dengan teori semata-mata, aku rasa lebih bek cari guru tuk ajar aku depan mata.  kadang-kadang buku ni ajar terlalu strait to the point, n payah sikit nk oter-oter mana yang bole. Kalo dgn guru jahit yang dah banyak pengalaman ni, dierg akan ajar teknik mudah, boleh guna, mudah cara dan sebagainya (haiiiihhh xreti nak mengexplain..Hanya diri sndiri je bole paham pe yang aku nk smpaikan.huhu).

Dan kalo korang mmg dah xde masa langsung nak pi kelas jahit, korang kena rajin-rajin bertanya kat orang yang dah biase mnjahit. Then bandingkan ilmu die n ilmu yang kite ade , combine n guna mana yang leh guna. Kalo rse boleh folo, folo la. Kalo rase xleh folo, xyah la folo kan. wuu...

Now let we see all the modul yang aku pelajari selama 6 bulan di Giatmara ni:

MODUL 1: KESELAMATAN

MODUL 2: MENYELENGGARA MESIN JAHIT


** untuk modul 1 dan 2, waktu ni adalah minggu melanguk weiii. duk termenung dari pagi smpai petang. Ati n tangan dah melonjak-lonjak nak mnjahit tau tak. tapi kena sabar sebab modul 3 baru start menjahit. wuu...modul 1  and 2 hanya jawab paper dan termenung sbb mmg xtau nak wat ape. modul  1 dan 2 die ajar keselamatan dalam bengkel dan penyelenggaraan mesin jahit. Tu jek..

MODUL 3: SAMPEL PAKAIAN

awal-awal menjahit, fuiii dah macam ular kena palu jahitan aku. Guna plak mesin high speed. Mau x haru wei nak kawal tangan n kaki. Modul 3 ni la start pegang mesin. masa ni wat sampel pinggang( jahit skirt kecik tuk blaja jahit getah pinggang yg guna teknik bungkus tu), apron ( apron berkun/piping lagi nok..wuuu) dan wat kolar bulat (xsure la nama kolar tu sbnarnye..nnt aku check spelling balik yek..)

MODUL 4: MEMBUAT BLAUS


Photo


ni basic blaus tau. Berbutang depan n berkolar kontinental. BLaus asalnya mmg berbutang depan kot. sebab mana-mana buku kalo ajar blaus mesti design hok gini. La ni je la dah macam-macam pesen blaus de kat luar nuh. Blaus ni sesuai sgt kalo bawak pi keje (sbb ala-ala formal gituuu) 


MODUL 5: MEMBUAT KEMEJA


** hok ni aku jahit hentam keromo je janji siap ( sebab modul 5 ni buat dah nk abis blajo dh mase tu. Cikgu skip modul 5 ni jd modul paling last sekali wat. Dengan pantasnya aku jait..lagipun kain pun kain cotton tuk wat banner tu je..aisehhh sapa nak pakai kan..xpe..next kemeja aku wat comei2 sikit. Nak try wat kemeja kat cik somi kite..insyaallah bole...

---sok lusa aku update gambor yek.huhu..lupe nak snap pic..huhu


MODUL 6: MEMBUAT SKIRT


Skirt ni nmenya skirt a-line. Biasanya pakai tuk ke opis ke or tempat keje la senang citer. Skirt formal gituuu...



aku padankan skirt ni dengan blaus yang dh siap tu (yela xkan nak pakaikan patung tu dgn skirt je kan..nnt nmpk la cik B die...segan seyhhh)

MODUL 7: MEMBUAT BAJU KURUNG MODEN



kurung moden ni digandingkan dengan kain kipas a.k.a susun belakang. senang je rupanya nak wat kain susun belakang ni. Untuk bahagian zip belakang kurung moden ni plak xguna zip sorok. Guna zip biasa je tapi masa jahit tu kena nyorokkan gak la.






MODUL 8: MEMBUAT BAJU MELAYU MODEN+ KOLAR MANDARIN


* patung ppuan la plak aihh...patung jantan dlm stor..wuuu

MODUL 9: MEMBUAT BAJU KURUNG TRADISIONAL





MODUL 10: MEMBUAT BAJU MELAYU TRADISIONAL



** cam biase ler patung berdada lg n mcm biase ler mls nk pi amik patung jantan kat dlm stor nuh..hiii..so mmg nmpk mcm xkena je kan baju melayu berdada ppuan..ngeee**

MODUL 11: MEMBUAT BAJU KANAK-KANAK





MODUL 12: MEMBUAT KEBAYA




*corak kain mak aiii siyes xberkenan aku ni.
tapi nak wat guano kan..tu je yg ade..kain free, so bedal je la..sob3

MODUL 13: MEMBUAT SELUAR SLEK



* xletak kat pinggang patung sbb nak tunjuk tang pinggang tu..kalo buh kat patung, part dada tu xbrtutup kan..seksi..malu ler..so sangkut je kat hanger..hok ni suar slek ppuan yg aku buat..hok laki serupa je cuma beza tang lidah zip tu je nnt belah kiri. ppuan sebelah kanan. 

Fuhhh...(lap peluh )...setel all the modul..xsangka r dapat menjahit all that baju tu semua. .6 bulan tu beb duk blaja modul tu semua. Alhamdulillah, dengan segala asas yang ada, insyaallah akan ku cuba jayakan tuk mjahit segala design-design pakaian yang len selain dari modul di atas ni.

Friday, 27 December 2013

SELUAR SLEK KANAK-KANAK

Wihuuu..bertemu kembali dalam rancangan jahit menjahit pada hari ini.cewaahhh..rancangan sgttttt...ari ni aku nk tunjuk cara letak pola seluar slek kanak-kanak. hok oghe (orang) tua punye suar aku xwat lagi sbb xde request suh aku wat kan. Terkejut beruk aku kelmarin de org beri salam petang-petang senja-senja masa aku tgh bizi wat ketuk-ketuk xramadan kat dapur (memasak la weiii...laki kat umah nk makan punye pasal..kena la masak tuk makan malam)..Alhamdulillah de gak tempahan jahit..leh la wat praktis-praktis make perfect..gituuuuu... hok ni suar anak jiran umah (merangkap anak kepada anak tuan umah aku sewa ni..poning eh?siann...kire anak jiran aku la maksudnye..jiran aku plak ni anak kepada tuan umah..hah kan senang nk paham. Pola ni aku siapkan malam tadi. Balik dari cameron semalam pukul 10 malam, sampai-sampai umah je kemas ape yg patut, mandi bersihkan bdn dan sebagaiya terus aku capai pmbaris, pita ukur, alat tulis, kertas mnyak n bla..bla...bla...untuk buat pola suar ni. Fuiiii ni first time aku ukur seluar guna suar siap..men try n error je.. ari tu kat giat buat suar slek guna ukuran orang je..Len tau ukuran suar siap n guna orang..aiyakkk...harap-harap menjadi la suar ni..Kalo xmnjadi terpakse aku beli kain len n ganti semula kain ni. Nasibla kain murah je ni rse (kain cotton biru tua yg budak-budak sekola pakai tu..yelah suar ni nak dipakai tuk pi skola tadika pun).. Harap-harap ukuran betul n selesa la budak tu pakai nanti. Amin..


***Aku xtunjuk lagi cara nak wat pola. Len kali nnt aku tunjuk( wat guna A4 paper je nnt kasi tunjuk..)xdok masa aihhh nak melakar (i am a bizi woman ok..huuhu)

Ok, check it out dis pola yang diletakkan atas kain n seterusnya digunting.
-pastikan amik kain ira lurus /menegak ye
-pastu lipat belah terbalik kain( yela nk conteng..tanda bagai..xkan nak conteng belah betu lak kan)
-kain lipat dua tuk dapat mirror imej, nnt da potong dapat sehelai belah kanan, sehelai belah kiri. pehe dok??

POLA HADAPAN
**de tulisan belakang tu kan..tu silap tulis da (hantuk kepala kat dinding)
-letak basi keliling 1/2' kecuali basi bawah suar tu dah wat basi 2' siap-siap kat pola
-pastu surih yang kat bentuk dat tu yek



POLA BELAKANG
-pun sama je, bubuh basi 1/2' keliling


ok dah siap gunting..begini la hasilnye nanti

POLA HADAPAN


POLA BELAKANG

DUA KEPING KAIN UNTUK HADAPAN

Photo
DUA KEPING KAIN UNTUK BELAKANG

Bereh dah koje..sonang baitu je kan...next step adalah pi jahit tepi dulu n jahit. nnt kite tgk hasilnye yek..hihi..


**aisehmen, jiran aku tu suh wat dua helai suar kalo boleh, tapi malangnye xberbau kan, dapat sehelai je la suar anak die ni sbb kain mmg xcukup.. kena tambah sengah meter lagi baru leh dpat sehelai suar lagi.
len kali kena bagi kain yang mncukupi ye kalo nak suar lebih..wuuuu...mntak maap la bnyak2..mmg dpt sehelai je ni hah..kalo xcaya check la kain lebihan tu..mmg xdapeknya la der...


Monday, 23 December 2013

FISHTAIL BLAUSKU DAH SIAP..YIPPIEEE


Tadaaa..Berkat kegigihan dan keazaman tuk meniru design kat mr gugel n penggabungan teknik gg boye+princess cut, inilah hasilnye...blaus fistail..hik..hik..hik..cuba jaya la katekan..mmg cantik nok alunan kain bawah tu..nmpk antik je jatuhannye..ala..tapi xbrape nk nmpk la ekor blkang tu..(teknik snap gmbr xbpe pandai kot..)sesape yg nk buat baju n bahgian bawah tu kembang, aku suggestkan korg buat je teknik gg boye n princess cut ni..n make sure fabrik kain jenis berat mcm lycra, icewash (yg aku ade tu) n ape2 je yg jenis berat tu....yeayyy...blaus ni boleh aku pakai mse konvo giatmara..walaupun cik somi kate mcm pelik je design tang bawah baju tu (blkg labuh n depan singkat) tapi aku rse lawa jek...huhu..i dun care..aku nak jugak pakai..tgk-tgk design fishtail kat mr gugel tu macam cantik je tu yg teringin sgt nak buat.kat diri sndiri. Alhamdulillah sgt baju ni mnjadi..kalo xjd eksperimen aku ni, mmg kuhumban kain ni kat semak (sob3..smbil lap air mata sbb kain mahal wooo..beli time sale je dpt murah..huhu). Untuk part leher tu mcm biase la, kan aku dh ckp bile aku dh jd mak-mak ni aku nk renovate all my baju kepada baju menyusu (i am fully bf anak...so mmg perlu sgt2 baju mnyusu..) Perlu ke baju menyusu?apsal xselak dari bawah je mse nk susukan anak? aiyoooo...perlu la dei tambi...(nada india cakap pastu ketuk dahi aku sndiri..hihi)...tuk baju yg jenis labuh-labuh ni, kdg kita duduk terduduk dgn labuh blkag tu skali ..time ank nk mnyusu tu kdg terkial-kial aku nak angkat n selak baju belah depan tu..haihhh rimas weiiii...(nasib la jenis tegar nk susukan anak. so bertahan je la slama ni pki baju biase (dulu xreti jahit sndiri..duk terliur je la tgk nursing top n dress kat online..hah skang dh reti jahit, ape lagi..cayok-cayok  tuk ubah semua leher baju jd nursing...Baru la smgat nk nyusukan afina smpai dua tahun..insyaallah....

Leher menyusu yang aku buat ni jenis senang kacang goreng je..ala serupa macam leher baju kurung biase. tapi aku labuhkan garis tengah tu ke 12' (' mean inci ye)...pastu bubuh alas dalam mcm bntuk singlet ja..lekat (jahitkn) kat basi bahu n pinggang ( nnt de mase aku tunjuk cmne nk jahit alas dlm tu..hik3)...wat masa ni mmg design cmni je aku senang nk follow. simple n senang nk jahit.. lg pun best ade alas dlm tu. bila ank nk mnyusu tu, mulut anak je msuk kat cik b..area cik b tu leh cover ngan alas dlm tu. jadinya nnt aurat kite terjaga la.. Kalau buh zip ke ape tanpa alas dlm rsenya mcm mudah nmpk je cik b kite tu nnt. tapi xpelah..nnt aku cuba lak wat design bju mnyusu yg len. xsalah mncuba kan..huhu...


**cik b is cik breast ye..hii tu pun xtau ke...





Saturday, 21 December 2013

NEXT TEMPAHAN JAHITANKU


Cakkkk..ingat tak pic yang aku upload ari tu..pic kat YEAR END SALE tu..ala yang kain cotton 4 pasang tu..Kain yang aku belikan tuk cik member aku. Kan die berani betul suh aku carikan kain n sekaligus suh aku buat blaus guna kain-kain tu kan. Hihi.. ni dia blaus-blaus yang dah siap tu. Amacam??orait tak. Aku baru siapkan dua pasang je dulu. Yang lagi dua pasang kemudian. Sebab nak bagi die rase dua blaus ni dulu.(kang buatnya semua keempat-empat blaus ni xsedap saiz kat bdn, x ke naya. so aku decide siapkan dua pasang blaus ni dulu). Semua blaus ni adalah design muslimah (means labuh la paras lutut gitewww..i likeee...sbb aku pun suke sgt pki baju yg labuh-labuh skang ni..watpe la nk pakai yang kecik-kecik n singkat-singkat kan...xmlambangkan islam sebenar je nnt). Macam saiz ukuran semua, aku guna saiz standard je sbb cik member aku ni duk jauh nun di sana kan. Kalo dekat ngn umah aku ni no hal la boleh ukur badan die siap-siap kan. So dgn konfidennya setelah saiz ukuran dikompemkan oleh beliau, aku mula membuat pola dan memotong kain. Blaus yg corak bunga tu aku wat design belah depan + kolar kontinental (betui ka eja gini??..bantai la), kire macam blaus ala-ala formal gitew la..sesuai sgt pakai pi keje..pi jalan-jalan pun bole..no hal la. Design ni aku pnh buat mase kat giatmara ri tu.. mmg ada dlm modul pmbelajaran fashion n dressmake aku tu..So insyaallah konfiden boleh jahit (cuma kekemasan jahitan tu la xtau ok ke tak..hopefully boleh diterima pakai..huhu)Manakala blaus hok putih bintik-bintik polka dot tu aku ikut design yang cik member aku tunjuk kat mr gugel. Blaus butang separuh, belah tepi ala-ala baju punjab. Blaus ni aku xpnh buat beb. Ni first time ni aku try fesyen gini...dgn sedikit ilmu yang ade, aku cuba jaya. Dan akhirnya trhasillah blaus bntuk gitu.. Ni die pic blaus tu:


***kedua-dua blaus da selamat sampai kat tuan punye bdan ari ni n dpat komen yang membina. Harap-harap ikhlas dari ati. Aku xkisah kalo die nk kata jahitan teruk ke ape ke, sbbnya at least aku tau kesalahan aku dan dri situ aku leh perbetulkan kesilapan aku tu. Almaklumler kanak-kanak ribena lg ni dlam mnjadi tukang jahit. wuuuuu...
*** ni die komen-komen cik member aku tu, via message kat fb:
----"weh.. bju da sampai..huhuhu kat ofis gak aku try..overall selesa...ketiak pon best, cekak kat tgn pon ngan
cume kat pinggang mcm gerobos sket..leh kecikkan cikit jek..huhu..best2..tak rugi amek ngan ko.. huhuhuhu...nnti aku tempah lg ek...

Alhamdulillah, lega aku mmbacanya. Walaupun de komen yg mngatakan pinggang tu besar sikit, aku xrasa down. Cuma sedikit kecewa dgn diri sndiri sbb xdpt buat yang trbaik tuk baju die ni. See...nsib baik dua baju je baru aku siapkan..Kalo keempat-empat semua tu..xke naya?..mmg pun aku xamik ukuran pinggang die mse wat pola tu. Sebab base yg aku blaja kat giat tu, ukuran pinggang kita leh dpt langsung dari part dada n punggung ( garis strait dada ke pinggang, then masukkan 3/4 inci kedalam dr garisan pinggang tu...xpaham?..xpe..nanti len kali den tunjuk pola. ) huhu..sori r weiii..pasni aku akan amik ukuran pinggang bila nk buat blaus n sbagainye yek..(take a note)

oritelah, tuk kain-kain yg lain (yg lg dua pasang tu) akan aku continue potong pas saiz ukuran disahkompemkan semula oleh cik member aku. hehe...see u next entry...babaiiii



CARA POTONG FISHTAIL PRINCESS CUT N GIGI BUAYA

Oraittttt. kita tgk pola ke kain pula. Kain ni aku guna kain lycra (ala kain yang aku shoping kali kedua tu..year end sale part II). Pastikan seboleh-bolehnya guna ira kain tu ira lurus/menegak so that baju tu nmpk lg kemas n selesa dipakai. 


BAHAGIAN HADAPAN:


-keliling badan tu aku buat basi 1/2' je sbb nk jimat kain punya pasal
-bahagian bawah bdn aku buat basi 1'

- yang ni plak kain tu kena lipat dua gak Tapi nnt dpat sehelai-sehelai (ada dua keping). Kiranya dapat mirror imej pola tu..Kalo kita wat sekeping-sekeping dulu, nnt xdpt miror imej. Nanti pola tu dapat satu tekapan je (susah plak nk explain cmne..harap-harap korang faham la) ni penting tau. sbb aku pun pnh trsilap buat mse potong pola ni. Bazir kain betullah..wuuu


BAHAGIAN BELAKANG

disebabkan aku guna kain lycra, so keje aku btambah la senang sbb xyag nak buat zip sorok bagai tu..yippieee


-basi keliling amik 1/2'
-basi bawah badan amik 1'
(kain lipat dua..xnmpk tu kan dh buh tanda lipatan kan)

-basi macam biasa la amik 1/2' tuk keliling dan 1' untuk bawah bdn

-ni plak tuk lengan
-lupa lak nk bubuh tanda lipatan.korg bubuh sndiri la ye..ada tanda lipatan kat lengan tu..eleh macam xbiase plak buat lengan kan..mesti paham punye tu)

Skang kita tgk kain-kain yang dh siap dipotong mengikut pola..Tadaaaaaaa...


POLA HADAPAN


POLA BELAKANG

***Pic lengan lupa plak nk snap..huhu


Wokeh..siap dah proses menekap pola ke kain dan potong sekali..Pasni kita tgk hasiknye yek...xsabo den nk tgk kejayaan prtama mniru design yang sedia ada kat tenet tu..Oraitla...hopefully korg faham..Aku pun dh mngantuk ni...Nite bebeyhhh