Hubungi saya:

Hubungi saya:

Wednesday 1 January 2014

TAMAT SUDAH PEMBELAJARANKU DI GIATMARA CAMERON HIGHLAND SESI 2/2013

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T  di atas kurniaannya. Terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang, ruang dan masa serta kesihatan yang baik untuk aku menamatkan pengajian selama 6 bulan di Giatmara Cameron Highland, Raub Pahang. Sesi bermula dari awal bulan Julai hingga penghujung bulan Disember  2013. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar iaitu Pn Sabrina Sabri dan Pn Norhaslinda Abu Hassan Shari (selaku tenaga pengajar a.k.a cikgu jahit), Bos serta staf-staf sokongan yang lain. Sebuah pengisian ilmu yang sangat bermakna bagi aku. Walaupun hanya 6 bulan sahaja proses pembelajaran berlaku dan hanya mendapat segulung sijil kemahiran, ia sudah cukup beri manfaat kepada diri aku untuk meneruskan kehidupan akan datang. (fuiiii..letih cakap bahasa skema..huk3)

Ok sambung bahasa paso lak....


Januari 2014 hari ini bermaksud aku telah tamat belajar jahit kat Giat. Maknanya secara rasmi dah jd fulltime housewife semula dah..(hureyyyy...leh jaga afina sendiri..takyah dah dah nak hantar kat pengasuh. Tak sanggup!!)Maknaya  fulltime kat umah dan akan menjana pendapatan keluarga dengan menjadi dressmaker. 


Next misi aku selepas tamat pengajian ni adalah untuk memanfaatkan sijil kemahiran jahit pakaian ni dengan menjadi tukang jahit yang profesional, kreatif, inovatif dan produktif. Pakaian yang dihasilkan diharap memenuhi citarasa pengguna, selesa dipakai, cantik dipandang, jahitan yang kemas dan berkualiti.Amin...


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjahit dan nak sangat jadi profesional menjahit, aku sarankan sangat-sangat korang berguru dengan buku dan guru . Bukan dengan buku semata-mata. Contohnya masuk la mana-mana institusi pengajian seperti Giatmara yang ada cikgu untuk tunjuk depan mata teknik-teknik menjahit dengan betul. Kalo bukan giatmara pun, masuk la kelas berbayar ke, percuma ke (seperti KEMAS) dan sebagainya. Buat pengorbanan masa sikit tuk cedok ilmu tu. Tapi kalo korang terang ati dan boleh guna buku semata-mata tuk belajar menjahit, up to u. Tapi bagi aku, untuk orang yang xberapa nak terang ati sgt dengan teori semata-mata, aku rasa lebih bek cari guru tuk ajar aku depan mata.  kadang-kadang buku ni ajar terlalu strait to the point, n payah sikit nk oter-oter mana yang bole. Kalo dgn guru jahit yang dah banyak pengalaman ni, dierg akan ajar teknik mudah, boleh guna, mudah cara dan sebagainya (haiiiihhh xreti nak mengexplain..Hanya diri sndiri je bole paham pe yang aku nk smpaikan.huhu).

Dan kalo korang mmg dah xde masa langsung nak pi kelas jahit, korang kena rajin-rajin bertanya kat orang yang dah biase mnjahit. Then bandingkan ilmu die n ilmu yang kite ade , combine n guna mana yang leh guna. Kalo rse boleh folo, folo la. Kalo rase xleh folo, xyah la folo kan. wuu...

Now let we see all the modul yang aku pelajari selama 6 bulan di Giatmara ni:

MODUL 1: KESELAMATAN

MODUL 2: MENYELENGGARA MESIN JAHIT


** untuk modul 1 dan 2, waktu ni adalah minggu melanguk weiii. duk termenung dari pagi smpai petang. Ati n tangan dah melonjak-lonjak nak mnjahit tau tak. tapi kena sabar sebab modul 3 baru start menjahit. wuu...modul 1  and 2 hanya jawab paper dan termenung sbb mmg xtau nak wat ape. modul  1 dan 2 die ajar keselamatan dalam bengkel dan penyelenggaraan mesin jahit. Tu jek..

MODUL 3: SAMPEL PAKAIAN

awal-awal menjahit, fuiii dah macam ular kena palu jahitan aku. Guna plak mesin high speed. Mau x haru wei nak kawal tangan n kaki. Modul 3 ni la start pegang mesin. masa ni wat sampel pinggang( jahit skirt kecik tuk blaja jahit getah pinggang yg guna teknik bungkus tu), apron ( apron berkun/piping lagi nok..wuuu) dan wat kolar bulat (xsure la nama kolar tu sbnarnye..nnt aku check spelling balik yek..)

MODUL 4: MEMBUAT BLAUS


Photo


ni basic blaus tau. Berbutang depan n berkolar kontinental. BLaus asalnya mmg berbutang depan kot. sebab mana-mana buku kalo ajar blaus mesti design hok gini. La ni je la dah macam-macam pesen blaus de kat luar nuh. Blaus ni sesuai sgt kalo bawak pi keje (sbb ala-ala formal gituuu) 


MODUL 5: MEMBUAT KEMEJA


** hok ni aku jahit hentam keromo je janji siap ( sebab modul 5 ni buat dah nk abis blajo dh mase tu. Cikgu skip modul 5 ni jd modul paling last sekali wat. Dengan pantasnya aku jait..lagipun kain pun kain cotton tuk wat banner tu je..aisehhh sapa nak pakai kan..xpe..next kemeja aku wat comei2 sikit. Nak try wat kemeja kat cik somi kite..insyaallah bole...

---sok lusa aku update gambor yek.huhu..lupe nak snap pic..huhu


MODUL 6: MEMBUAT SKIRT


Skirt ni nmenya skirt a-line. Biasanya pakai tuk ke opis ke or tempat keje la senang citer. Skirt formal gituuu...



aku padankan skirt ni dengan blaus yang dh siap tu (yela xkan nak pakaikan patung tu dgn skirt je kan..nnt nmpk la cik B die...segan seyhhh)

MODUL 7: MEMBUAT BAJU KURUNG MODEN



kurung moden ni digandingkan dengan kain kipas a.k.a susun belakang. senang je rupanya nak wat kain susun belakang ni. Untuk bahagian zip belakang kurung moden ni plak xguna zip sorok. Guna zip biasa je tapi masa jahit tu kena nyorokkan gak la.






MODUL 8: MEMBUAT BAJU MELAYU MODEN+ KOLAR MANDARIN


* patung ppuan la plak aihh...patung jantan dlm stor..wuuu

MODUL 9: MEMBUAT BAJU KURUNG TRADISIONAL





MODUL 10: MEMBUAT BAJU MELAYU TRADISIONAL



** cam biase ler patung berdada lg n mcm biase ler mls nk pi amik patung jantan kat dlm stor nuh..hiii..so mmg nmpk mcm xkena je kan baju melayu berdada ppuan..ngeee**

MODUL 11: MEMBUAT BAJU KANAK-KANAK





MODUL 12: MEMBUAT KEBAYA




*corak kain mak aiii siyes xberkenan aku ni.
tapi nak wat guano kan..tu je yg ade..kain free, so bedal je la..sob3

MODUL 13: MEMBUAT SELUAR SLEK



* xletak kat pinggang patung sbb nak tunjuk tang pinggang tu..kalo buh kat patung, part dada tu xbrtutup kan..seksi..malu ler..so sangkut je kat hanger..hok ni suar slek ppuan yg aku buat..hok laki serupa je cuma beza tang lidah zip tu je nnt belah kiri. ppuan sebelah kanan. 

Fuhhh...(lap peluh )...setel all the modul..xsangka r dapat menjahit all that baju tu semua. .6 bulan tu beb duk blaja modul tu semua. Alhamdulillah, dengan segala asas yang ada, insyaallah akan ku cuba jayakan tuk mjahit segala design-design pakaian yang len selain dari modul di atas ni.

11 comments:

  1. Salam sis.. nak tanya kalau nak belajar menjahit di giatmara ni ada had umur tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..xde rasanya...xsure plak..hihi..

      Delete
    2. lepasan spm sampai berumur 45 tahun.

      Delete
    3. Sis nk tnya belajar sana ad pakaian khas ka atau kita bebas bole pkai ap2 ja

      Delete
    4. Tnya sbb saya berpurdah tp tringin sgt nk join

      Delete
    5. Saya pun berpurdah Dan saya baru apply untuk kemasukan 2021 moga moga dipermudahkan. Sampai Sini sebab nak baca pengalaman :) maaf tanya Dah apply masuk ke? Kalau dah nak tanya pengalaman :)

      Delete
  2. Salam..sis nak tanya modul jahit baju melayu tu sekali dengan seluar dia x?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam nak tanya, sis belaja jahit kt giatmara ni full time ke part time? kalau full time klas dia mcm mna? n part time klas dia mcm mana pulak ? ☺️

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis nk tanya time sis g belajar tu mmg dh pndai menjahit ke??sy nk masuk tapi mmg x pndai menjahit..pegang mesin pn x penah.

    ReplyDelete
  6. Askm peringkat sijil menjahit berapa lama.. Dan bayran berapa

    ReplyDelete